Friday, February 8, 2008

Selamat Berhijrah Alil!

Di keheningan malam ini, Kakmin sentiasa terkenang dan teringat akan mama, ayah, Alil & Thirah yang jauh beribu batu di bumi Down Under (Australia). Apa agaknya yang depa tengah buat sekarang ni? Nak telefon tak boleh, dah sms belum balas, nak messenger tentu takdak Internet lagi. Kakmin hanya mampu berdoa pada Allah SWT agar semuanya selamat dan berjalan lancar.

Tahniah Alil! Kami di sini tumpang bangga dan seronok mendengar keputusan Alil untuk menyambung pelajaran di bumi Down Under, tambah bersemangat bila mama & ayah memberi sokongan padu. Ikutkan hati, memang nak sangat ikut hantar Alil ke sana tapi apakan daya...insya Allah suatu hari kami sampai ke sana untuk melawat Alil.

Perjalanan Alil bukanlah untuk berseronok, tapi suatu perjuangan yang pasti tiada penghujungnya kerana misi mencari ilmu memang tiada titik noktah dalam kamus kehidupan. Walau dimana jua kita berada, bumi ini milik Allah SWT. Selagi iman dan takwa berpasak teguh di hati kita, insya Allah akan terasa kenikmatan dan kemanisan hidup walau sehebat mana pun ujian dari Ilahi.

Bila iman dan takwa goyah, hubungan dengan Allah tak dipelihara dengan baik, apatah lagi hubungan dengan orang tua sesama manusia...pasti mudah melatah seperti Luncai dengan labunya.

Kakmin yakin Alil bukanlah calang-calang orang yang mudah diperkotak-katikkan oleh syaitan, iblis dan jin. Gunalah peluang keemasan ini untuk mencari ilmu duniawi & ukhrawi, sentiasa tunduk, bersyukur dan mengadu kepada Allah SWT...dan jangan sekali2 lupakan pertolongan dan pengorbanan ayahanda bonda tercinta. Jadilah umpama beras, kian berisi kian tunduk menyembah bumi.

Selamat Berhijrah Alil! All the best to you. We love & miss you.

2 comments:

a f t e r . 6 . said...

Di kedinginan pagi ini....Kak Na pun tumpang berbangga dengan keputusan Alil yang keluar berhijrah ke bumi down under, walaupun agak frust menonggeng kerana impian untuk bersama-sama sepupu ku mencari ilmu dan rezeki di bumi Ireland tidak tercapai..huhu...
So all the best untuk Alil ok!

firdausramzi said...

buat adikku ALIL.all the best..remember y u r there..study smart.takecare.solat jgn lupa..grad successfully..nanti if airasia pi sana bolehla jenguk2 n fishing kt tepi laut