Kakmin ingat lagi, masa kat sekolah rendah dulu Kakmin pernah masuk rancangan TV Pendidikan untuk segmen Perdagangan. Kakmin jadi tukang jual kuih karipap. Pagi-pagi dah buat shooting di taman tepi sekolah, jalan sorang2 sambil jerit, "Karipap! Karipap! Mari2 beli karipap sedap!" Tiba-tiba, datanglah beberapa budak nak beli karipap Kakmin; justeru berlangsunglah pertukaran duit dengan karipap. Campur, tolak, kira, bahagi...semuanya kira-kira dalam otak saja.
Last sekali, karipap tak habis, Kakmin yang makan sampai habis ha ha!
Menarik kisah manis itu. Sayangnya, tak digarap diasah betul-betul bakat entrepeneurial Kakmin yang terpendam ni. Mungkinkah Kakmin akan jadi seperti Saiditina Khadijah, pedagang wanita yang hebat suatu ketika dahulu? Syukurlah jadi akauntan bertauliah pun kira Alhamdulillah.
Career Kakmin sekarang sentiasa bergelumang dengan $$$...ya wang, bukan Ringgit Malaysia saja, tapi Euro Dollar, US Dollar, Sterling Pound. Bukan seribu dua, tapi berjuta dan berbillion. Hakikatnya, itu semua bukan milik Kakmin. Itu harta syarikat dan kita sebagai akauntan, perlu jujur dan amanah dalam menguruskan kewangan syarikat. Baru-baru ni, ada berita tergempar seorang trader di bank terkenal France, Soc Gen, telah 'melenyapkan' Euro4 billion melalui taktik kotornya. Setelah jatuhnya Enron beberapa tahun dahulu di US, peraturan ketat telah diperkenalkan (known as Sarbanes Oxley Act) untuk memastikan jenayah kolar putih tak akan berulang...well, it is proven...buatlah undang-undang macam mana sekalipun, kalau dah manusia yang buat peraturan tu, manusia jugaklah yang 'bend the law'!
Insya Allah dalam ruang maya ni, Kakmin nak berkongsi pengalaman dan ilmu yang sedikit ni dalam bab hal ehwal kewangan persendirian ie our personal finance. Menguruskan kewangan syarikat sama jugaklah macam menguruskan kewangan sendiri. Kena displin, amanah, jujur, tahu menilai wang dan segala material duniawi, bijak, sabar dan sebagainya...akan Kakmin sambung lagi nanti.
Buat masa ni, cuba tanya diri sendiri :
1) Do you have a personal finance goal & target?
2) Have you been 'paying' yourself every month ie saving?
3) Have you paid your zakat?
4) Do you owe people money & have commitment / plan in place to repay your debt?
5) How do you value Rm50.00?
Adalah seorang hamba Allah yang Kakmin kenal, senang2 saja belanja RM100.00 macam belanja RM10.00. Nak kata anak Bill Gates, tak jugak. Anak Sultan Brunei, tidak sekali. Dia tak tau menilai wang, tak tau susah payah orang berkerja keras untuk mendapatkan wang, tak pernah merasa erti susah justeru tidak tahu bersyukur. Mungkinkah kita termasuk dalam golongan ini? Tepuk dada, tanya selera!
Sunday, February 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment